Kampus Hadhari (Sekolah Pemikiran Tunjungan)

KAMPUS HADHARI (Sekolah Pemikiran Tunjungan) adalah sebuah laman yang mengumpulkan senarai blog & bloggers yang berjuang secara sukarela tanpa mengaut keuntungan. Jika kedapatan mana-mana ahli Kampus Hadhari yang terdakwa di bawah Auku dan lain-lainnya, warga KAMPUS HADHARI akan berusaha melindungi dan memberi khidmat nasihat kepada mereka.


Kisah Bani HEP, Kabilah Aspirasi dan Rabai Yahudi KPT menjelang PRK

Oleh Ali Bukhari Amir
Persekutuan, kompromi dan konspirasi antara bani-bani Hep, kabilah-kabilah Aspirasi dan rabai-rabai Yahudi daripada KPT semakin menjadi-jadi. Saya ambil istilah Presiden PAS, arwah Ustaz Fadhil Noor yang menggunakan istilah ‘Pakatan Ahzab’ bagi menggambarkan kompromi Umno-MCA-MIC dalam mendepani kemaraan PAS.
Untuk lebih adil, biarlah saya berterus-terang juga. Bahawa, istilah ini juga turut dipakai seorang penulis berhaluan Sosialis di negara kita ini. Untuk sementara, izinkan saya meminjam istilah ini daripada mereka, guna melunaskan geram yang mendekam sebagai sekam membara dalam hati.

Dan, saya memohon maaf kerana ada istilah yang kasar sebagai tajuk di atas. Apabila menulis ini pun, emosi saya tak tenteram dan gelodak jiwa makin tidak terkawal. Dendam pun kian menebal. Pada saat ini juga saya menerima kiriman sms daripada teman-teman.
“Salam. Penamaan calon hari ini dan ada perarakan pro-mahasiswa. STUDENT POWER!”
Pagi ini juga saat menonton program Selamat Pagi Malaysia saya terlihat iklan Bicara Siswa (BS) yang topiknya membincangkan hal kemajuan dan kegemilangan universiti. Ia akan diadakan pada Jumaat ini (malam Sabtu). Kalau tidak silap, biasanya BS ditayangkan pada Sabtu malam.
Saya jadi keliru kerana kadangkala BS ada, dan kadangkala ia ditiadakan bagi memberikan laluan kepada tayangan acara tv bola sepak yang disiarkan secara langsung. Tiba-tiba BS muncul semula di celah-celah kegawatan PRK kali ini.
Ertinya, Bani HEP dan rabai-rabai KPT sedang mengguna Aspirasi bagi tujuan memeriahkan PRK kali ini untuk menonjolkan siswa yang pro-kerajaan.
Jadi, ketika menulis ini, saya tidak tahu sejauhmana parti pembangkang memanfaatkan perarakan STUDENT POWER di Universiti Malaya sekarang ini. Adakah mereka turun memberi sokongan atau tidak? Wallahu ‘Alam. Mungkin ada pihak yang boleh memberikan jawapannya.
Jadi, sedang saya menulis ini, mungkin beberapa kelompok mahasiswa tertindas sedang berjuang dan membela nasib mereka sendiri, setelah mereka tak betah lagi memperjuangkan isu-isu rakyat. Mungkin kurang pengalaman. Ah! Hal itu boleh kita bahaskan kemudian.
Keutamaan, awlawiyyat kini ialah meriwayatkan hikayat Bani HEP dan ceritera Kabilah Aspirasi yang menuba benih-benih legasi Student Power di universiti-universiti awam. Setakat ini, rasanya mereka berjaya. Di USM misalnya, tahun lalu dengarnya kita kurang lelaki sebagai pimpinan. Ini petanda buruk. Saya harap tahun ini akan ada perubahan.
Di UPM, Angkatan Muda Keadilan mengadakan percubaan memasuki kawasan kampus. Mereka dipantau oleh pegawai keselamatan dengan angka yang ramai juga. Sebenarnya tujuan ‘ziarah’ itu hanyalah untuk menyerahkan memorandum kepada TNC HEP UPM Dr Azali.
Alkisahnya, setelah kumpulan pro pelajar dibentuk di UPM, kenderaan salah seorang pimpinannya diwarnakan dengan cat kuning dengan ‘percuma’. Masalahnya, kelompok pengkhianat itu ‘tersilap’ mengecat; di bahagian tempat duduk motor yang tidak boleh dicat itulah yang dikhianatinya.
Tuhan telah mengecat hati mereka dengan warna hitam sebelum mereka memberikan warna negatif kepada siswa yang mereka gelar sebagai pro pembangkang. Hati yang hitam tidak akan mengenal lagi perbezaan antara halal haram, kebaikan dan keburukan.
Segala yang dideritai Student Power kini; Wan Afifi ditampar, Khalila Bakri yang dikasari ketika beliau bangun qiamullail, Hilman yang dirampas komputer ribanya adalah jelmaan peristiwa lampau di mana perang antara kabilah dan bani-bani ini sedang meletus ke atas Muslimin di bumi Mekah.
Seolah-olah, gambaran peristiwa lalu menjelma; Bilal bin Rabah ditampar, Mus’ab bin Umair dan Sumayyah ditindas pada awal-awal kebangkitan Islam. Jika mereka tabah menggalas fitnah dan terus perjuangkan semua ini selepas berijazah, ganjaran besar Allah memberi.
Ada maklumat tiba ke pengetahuan saya yang menuntut Bani HEP – Kabilah Aspirasi menjawabnya jika tak keberatan. Iaitu hal penyalahgunaan pejabat MPP khasnya oleh exco tertinggi MPP. Benarkah pejabat MPP UPM menjadi tempat tidur oleh exco tertinggi MPP di universiti berkenaan?
Menurut kenyataan segolongan mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai Mahasiswa Prihatin SeMalaysia (GMPS), hal ini juga tidak sampai ke pengetahuan universiti. Harap dapatlah universiti memberikan responnya.
Selepas MPP dibubarkan Isnin lalu (24 September) dalam tinjauannya GMPS mendapati motor salah seorang exco tertinggi badan induk pelajar itu masih diletakkan di suatu sudut di depan pejabat MPP. Adakah setelah MPP dibubarkan bilik pejabat masih beroperasi lagi? Menurut GMPS, motor itu telah diletakkan di situ sejak sebulan sebelum ini.
“Pejabat MPP yang sepatutnya dibuka kepada mahasiswa untuk mengadu masalah kebajikan akhirnya ditutup,” kata seroang wakil GMPS Abdul Hakim Abdullah.

Tambahnya, masalah ini yang menyebabkan MPP Aspirasi gagal berfungsi untuk perjuangkan isu parking pelajar dan hal kebenaran membawa kenderaan pelajar di kampus.
Acara hiburan menjadi keutamaan. Acara intelektual tidak dirancang. Mereka gemar berhibur. Battle Of the Band, adalah antara ramuan utama dalam konvo UPM.
“Bayangkan bagaimana Exco Kerohanian MPP menari dan berkaraoke dengan wanita berusia. Belum lagi hal bekas pimpinan Aspirasi yang ada hubungan cinta sesama mereka dan keluar berpeleseran tanpa memikirkan kedudukan mereka sebagai role model kepada pelajar lain.
“Ini berbeza dengan generasi terdahulu. Kita melihat bagaimana MPP pro pelajar menyuarakan hak pelajar. Mereka berjaya mendesak penurunan kadar riba PTPTN kepada 3%,” kata beliau.

Abdul Hakim berkata, kumpulan Aspirasi gagal berfungsi dengan baik, hatta hal mudah seperti tugas menurunkan banner program pun tidak dapat diuruskan.

“Banner program Carnival PC sudah hampir satu sesi digantung. Dari semester lepas hingga tiba Carnival PC baru, banner itu masih di situ.

“Kami dapat maklumat ini daripada MPP Aspirasi sendiri yang tak puas hati dengan kepimpinan yang ada. Dan, mereka ini tak sanggup bersubahat dengan ketidakadilan,” tambah Abdul Hakim.

Aliran kepenggunaan wang kolej kediaman
Sementara itu, menyentuh isu aliran kepenggunaan wang di kolej kediaman di Universiti Malaya, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syekh Omar menjelaskan bahawa hal ini turut mewujudkan kesulitan dalam kalangan pelajar yang membabitkan keselesaan mereka di kampus.

“Alasannya, untuk pembangunan kolej. Tapi yuran itu ke mana perginya? Kita hairan mereka ada banyak kereta, rumah di Damansara. Tapi, mereka tidak lantik pengurus domestik yang menyelia permasalahan kolej kediaman dan sebagainya.
“Pengetua Kolej ke-3 pernah berdepan dengan persoalan yang menyentuh yuran kolej kediaman yang tinggi yang dibangkitkan oleh kalangan warga kolej,” jelas Syekh Omar.
"Beliau risau ada pihak tertentu yang mengaut keuntungan daripada yuran kolej kediaman dengan menempatkan empat orang dalam sebuah bilik, di mana kadar sewa bilik itu adalah RM10 sehari.
“Walhal sepatutnya, setiap bilik adalah untuk dua orang saja. Selain itu, jika kebakaran berlaku tentu pihak bomba salahkan pihak atasan kolej. Ini kerana peraturan yang dibenarkan berdasarkan keluasan bilik itu adalah terhad kepada dua orang sahaja,” kata beliau.

Tindakan meletakkan empat orang pelajar dalam sebuah bilik yang cuma memuatkan dua pelajar ini, disifatkan Syekh
\u003c/span\>\u003c/div\> \u003cdiv style\u003d\"margin:0in 0in 0pt;text-align:justify\"\>\u003cspan lang\u003d\"MS\" style\u003d\"color:black\"\>\u003cfont size\u003d\"3\"\>\u003cfont face\u003d\"Times New Roman\"\>“Penjajahan bentuk baru dalam kampus perlu dibanteras. Meskipun pejuang kemerdekaan dicerca, diugut, dipukul, dirosakkan hak milik dan sebagainya, mereka tak akan berundur.\u003c/font\>\u003c/font\>\u003c/span\>\u003c/div\> \u003cdiv style\u003d\"margin:0in 0in 0pt;text-align:justify\"\>\u003cspan lang\u003d\"SV\" style\u003d\"font-size:10pt;color:black\"\> \u003c/span\>\u003c/div\> \u003cdiv style\u003d\"margin:0in 0in 0pt;text-align:justify\"\>\u003cspan lang\u003d\"SV\" style\u003d\"font-size:10pt;color:black\"\> \u003c/span\>\u003c/div\> \u003cdiv style\u003d\"margin:0in 0in 0pt;text-align:justify\"\>\u003cspan lang\u003d\"SV\" style\u003d\"font-size:10pt;color:black\"\> \u003c/span\>\u003c/div\> \u003cdiv style\u003d\"margin:0in 0in 0pt;text-align:justify\"\>\u003cspan lang\u003d\"SV\" style\u003d\"font-size:10pt;color:black\"\> \u003c/span\>\u003c/div\> \u003cdiv style\u003d\"margin:0in 0in 0pt;line-height:14.4pt;text-align:justify\"\>\u003cspan lang\u003d\"SV\" style\u003d\"font-size:10pt;color:#333333\"\>Situasi kini di alam kampus mula hangat dengan perancangan, strategi, plan tindakan dan tidak kurang juga provokasi yang dikaitkan dengan PRK. \u003c/span\>\u003cspan style\u003d\"font-size:10pt;color:#333333;font-family:Arial\"\>\u003c/span\>\u003c/div\> \u003cdiv style\u003d\"margin:0in 0in 0pt;line-height:14.4pt;text-align:justify\"\>\u003cspan lang\u003d\"SV\" style\u003d\"font-size:10pt;color:#333333\"\> \u003c/span\>\u003cspan style\u003d\"font-size:10pt;color:#333333;font-family:Arial\"\>\u003c/span\>\u003c/div\> \u003cdiv style\u003d\"margin:0in 0in 0pt;line-height:14.4pt;text-align:justify\"\>\u003cspan lang\u003d\"SV\" style\u003d\"font-size:10pt;color:#333333\"\>Mahasiswa dan masyarakat perlu\n memahami bahawa PRK adalah penting kampus sebagai medium latihan ke atas pelajar untuk menghadapi PRU dalam memilih kepimpinan masa depan kelak. \u003c/span\>\u003cspan style\u003d\"font-size:10pt;color:#333333;font-family:Arial\"\>\u003c/span\>\u003c/div\> \u003cdiv style\u003d\"margin:0in 0in 0pt;line-height:14.4pt;text-align:justify\"\>\u003cspan lang\u003d\"SV\" style\u003d\"font-size:10pt;color:#333333\"\> \u003c/span\>\u003cspan style\u003d\"font-size:10pt;color:#333333;font-family:Arial\"\>\u003c/span\>\u003c/div\> \u003cdiv style\u003d\"margin:0in 0in 0pt;line-height:14.4pt;text-align:justify\"\>",1]
);
//-->
Omar sebagai ‘penjajahan bentuk baru’ dalam kampus yang perlu dibanteras.

“Penjajah dahulu mengenakan cukai tinggi dan berlebihan ke atas orang tempatan. Kami pejuang kemerdekaan telah dicerca, diugut, dipukul, dirosakkan hak milik dan sebagainya. Tapi, berundur tidak sekali,” katanya.

Menyentuh hal demokrasi yang diperjuangkan SMM, beliau berkata pilihan raya kampus (PRK) perlu bersih dan adil kerana ia mendedahkan kepada pelajar mengenai pengendalian demokrasi negara melalui pengundian.

”Mahasiswa perlu celik demokrasi dan dapat menemui sesiapa saja atas kesedaran demokrasi. SMM sebagai forum mewakili semua badan mahasiswa amat prihatin soal demokrasi ini.

”Kesedaran demokrasi dalam konteks PRK perlu difahami semua mahasiswa kerana sistem PRK yang adil sudah pasti melahirkan pemimpin yang adil. Demikianlah sebaliknya.

Namun, realiti mutakhir ini menyaksikan wujudnya kelompangan yang parah dalam PRK akibat campur tangan dalam sistem demokrasi kampus. Lalu, bagaimana SMM mendepani hal ini?

”Bagi memastikan PRK berjalan secara adil, SMM menyerahkan memorandum ke KPT meskipun Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed enggan bertemu kami.

”Kemudian menyusul perarakan pelajar ke Suhakam dan pertemuan SMM dengan Kaukus Hak Asasi Manusia bersama Datuk Nazri Aziz,” kata beliau.

Namun, bagi Syekh Omar, ada suatu masalah unik yang perlu diberi perhatian khusus mengenai status Aspirasi. Iaitu, status ’pertubuhan’ Aspirasi sebagai suatu pertubuhan haram kerana tidak didaftarkan secara sah di dalam mana-mana universiti.

”Ia (Aspirasi) ditaja oleh pihak luar kampus. Mereka tuduh kita sebagai pro pembangkang dalam masa yang sama mereka tutup pekung sendiri kerana mereka juga ada kaitan dengan parti politik luar.

”Mereka risau pro pelajar membersihkan pengaruh ketidakadilan yang menyelubungi pentadbiran berkaitan pelajar. Aspirasi serang PMI walhal Aspirasi bukan pertubuhan berdaftar. Mereka tuduh PMI agen Yahudi di UM,” jelas beliau lagi.

Hal ini sekali gus membuktikan bahawa Aspirasi adalah badan haram yang menyerang kumpulan berdaftar lain.

”Justeru, golongan ini bukanlah pro idealisme universiti seperti yang mereka laung-laungkan,” kata Syekh Omar.

Perang-perang antara kabilah HEP, bani-bani, suku kaum Aspirasi ke atas mahasiswa pro pelajar akan berlarutan dalam tempoh yang tak dapat dijangkakan. KPT akan terus berfungsi sebagai rabai Yahudi yang menggubal Auku bagi menyempitkan laluan denai demokrasi kampus termasuklah mengetatkan kebebasan akademik kaum pensyarahnya.

Dalam sirah agama-agama Samawi, hanyalah pendeta rabai Yahudi yang berani campurtangan dalam urusan memindahkan firman dan surah Tuhan demi kepentingan mereka.
Tapi, Tembok Besar China dan Tembok Berlin yang harus juga direbahkan dari jiwa pro pelajar ialah, bolehkah mereka bersuara dalam Parlimen untuk menentang Menteri Pengajian Tinggi setelah berentap di luar Parlimen?

Atau, sejauhmanakah mereka dapat menyedarkan pembangkang untuk peduli isu demokrasi kampus? Atau, setidaknya membawa senior untuk beraksi, berdemo di luar kampus untuk menekan Bani HEP.

Adakah diberi ruang kepada siswa untuk beraksi dalam PRU, agar mereka dapat mewiridkan Laporan Penyelewengan PRK kepada Suhakam di depan Agong? Di sana, pelajar dapat memerangi rabai KPT untuk batalkan Auku di Parlimen.

Kata H Fansuri, tak dapat bersuara dalam Parlimen, jadi Senator di Dewan Negara pun jadilah. Tiada rotan, akar pun berguna juga. Tepuklah gendang PRK, nescaya kompang PRU–Bersih berbunyi jua.

--- Sekolah Pemikiran Kg Baru
1:23 p.m, 26 September 2007.

Bagaimana merakyatkan wacana Politik Kampus?

Ali Bukhari Amir

Sun | Sep 02, 07 | 03:14:53 PM

Perencah soalan ini tentunya memuntahkan jawapan dan resepi bervariasi. Tetapi, kali ini saya fikir mahu bawa satu ramuan saja. Itu pun jika anak-anak kampus bersetuju. Wacana Politik Kampus, Demokrasi Kampus atau namakanlah apa sahaja, ia perlulah dirakyatkan lewat parlimen kedai kopi dan khalayak awam. Itu sahaja caranya.

Tapi, bagaimana? Huh, cakap memang senang. Beritahulah apa caranya?

Baru-baru ini (24 Ogos) sekumpulan anak kampus yang menggelar diri mereka, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berarak daripada Masjid Negara menuju ke Suhakam. Mereka menghantar memo bagi menuntut HEP melaksanakan keadilan di dalam PRK.

Memorandum ini bukan kali pertama. Malah ia tidak terhitung untuk kali ke berapa. Saat saya mula bekerja di Siasah sejak Ogos 2005, kelompok SMM inilah yang setia berulang alik ke pejabat Suhakam dan beberapa kali mengadu menumpahkan resah mereka kepada Dato' Siva dan Prof Hamdan Adnan. Saya menyaksikan semua ini.

Setelah kontrak Prof Hamdan tamat di Suhakam, dalam beberapa pertemuan tidak rasmi dan dalam wawancara di Siasah, beliau pernah menjelaskan betapa prihatinnya Suhakam terhadap pilihan raya kampus.

Suhakam, menurut Prof Hamdan pernah bertindak hingga mengundang pegawai-pegawai universiti peringkat tertinggi pada satu tarikh untuk mereka berunding mengenai apa-apa yang patut diberikan penekanan dan perhatian agar PRK berlangsung dengan adil.

"Malangnya, mereka cuma mengirim pegawai-pegawai rendah yang tidak boleh buat apa bentuk keputusan pun," kata beliau sambil mengeluh kesal.

Prof Hamdan berasa kecewa sekali dengan sikap pimpinan universiti pada saat itu. Sudut perlakuan ini melambangkan bahawa pimpinan universiti bersikap acuh tidak acuh serta mempermain-mainkan Suhakam sebagai badan yang diperakui dalam memartabatkan hak asasi manusia di Malaysia.

Ada suatu mesej isyarat yang dapat saya hidu daripada bualan kami dahulu. Beliau mahu hak asasi manusia itu ditafsirkan dengan lebih meluas supaya kes-kes penganiayaan dapat disiasat oleh Suhakam sendiri. Inilah barangkali antara masalah utama Suhakam.

Ada beberapa aduan yang akhirnya tertanggal dan luput dari siasatan kerana aduan orang tersebut, kata sesetengah pesuruhjayanya - tiada unsur-unsur penganiayaan dalam tafsiran hak asasi manusia seperti yang didefinisikan badan itu sebelum ini. Wallahu a'lam.

Jadi, berasaskan penjelasan Prof Hamdan, saya menjadi saksi bahawa Suhakam memang berbuat sesuatu dalam memastikan HEP dapat berlaku adil dalam PRK. Kalau tidak silap saya, Suhakam pernah meminta kepada universiti untuk menjadi badan pemantau. Tetapi, seperti biasa, permintaan mereka tetap ditolak universiti.

Jadi saya fikir dalam situasi ini pelajar yang sedar sepatutnya merakyatkan kesedaran dan meratakan kesatuan pemikiran bahawa Suhakam sangat-sangat diperlukan dalam PRK.

Jadi apa caranya? Rasanya ramaikah pelajar yang suka menadah telinga ceramah kempen skima seumpama ini? Kalau masuk perpustakaan, berdiskusi pun dianggap skima (walhal memang begitulah seharusnya sikap perlakuan mahasiswa) maknanya sukarlah kita mahu bertindak agar mesej ini disampaikan secara menyeluruh.

Alkisahnya baru-baru ini saya menonton teater Hikayat Qaziq karya Siti Jasmina Ibrahim di DBP. Itulah kali pertama saya menonton teater walhal saya sepatutnya dapat menonton teater dengan mudah di USM dulu. Memang universiti itu pengkalan kebudayaan.

Tetapi kesedaran bahawa penyampaian mesej itu hanya berlaku dalam gerakan persuratan amat menebal dalam jiwa, hingga saya melupakan gerakan politik, seni dan budaya. Saya fikir, kita perlu cuba pula gerakan kesedaran dari situ (kalau mahu dan mampu!)

Apa yang kita cuba lakukan sekarang ialah gerakan politik yang sesekali disulam gerakan persuratan seperti blog yang seperti kurang menyerlah. (Mungkin tahap kualiti, penulisan masih belum bersifat merakyat kepada isu-isu masyarakat di luar kampus)

Sekarang, jika saudara mahu dan mampu, bergabunglah pula dengan golongan yang amat memerlukan perhatian saudara; mahasiswa artis. Mereka ini punya kekuatan tersembunyi yang sukar dijangka, mampu meledak jika ruh kesedaran sudah bertapak ke atas jiwanya.

Tapi, jangan diharapkan gerakan kesenian dan kebudayaan kampus yang akan bergabung dengan gerakan politik–persuratan kampus ini boleh meledak dalam pilihan raya kampus kali ini. Ia tentunya memerlukan rancangan jangka panjang. Jadi, kita perlu bersabar.

Untuk memahami, cara bagaimana memulakan gerakan merakyatkan kesedaran ini dalam kalangan siswa artis, saya ingin tekankan hal 'mengintelektualkan artis dan mengartiskan intelektual'. Hal ini terpecah kepada dua bahagian.

Pertama, saudara yang telah mempunyai kesedaran akan turun menawarkan kemahiran untuk mempelajari selok-belok ilmu kesenian guna menghaluskan jiwa. Kedua, saudara berusaha menyampaikan kesedaran ke dalam pemikiran pelajar artis agar mereka dapat memahami jalan fikiran saudara selama ini.

Nantinya, yang akan berlaku selepas ini adalah dua perkara pula. Pertama, apabila anda menguasai ilmu kesenian, maka sempurnalah percakapan saudara untuk sampaikan mesej pencerahan kepada khalayak yang tidak gemarkan 'budaya skima'. Kedua, siswa artis ini dengan sendirinya melantunkan mesej pencerahan setelah mereka mengunyah idea kita.

Gerakan 'politik – kebudayaan – persuratan' adalah tiang-tiang yang mengangkat suatu tamadun. Setiap tiang itu, ada nabi-nabi yang mewakilinya. Politik misalnya diberikan ke atas Daud a.s dan Sulaiman a.s.

Gerakan persuratan diwakili Idris a.s yang terkenal keilmuannya. Malah, dari nama Idris itu kita membentuk istilah 'madrasah' - 'madrasah pemikiran'. Manakala gerakan budaya dan seni diwakili Daud a.s yang dianugerahkan kitab khas; Zabur atau Mazmur (di dalam Bible) yang terkandung di dalamnya bait-bait ucapan pujian yang indah kepada Allah.

Saudara boleh minta tajaan daripada Yayasan Kepimpinan Perdana dan Tuanku Raja Dr. Nazrin untuk teater politik kampus ini. Bawa Tun Dr Mahathir Mohamed dalam kampus untuk diskusi hal gerakan persuratan maya (bloggers) yang telah diberukerakan Khairy.

Bukankah Dr Mahathir ketika zaman mahasiswanya telah memulakan gerakan persuratan sehingga diriwayatkan beliau terkandas oleh kerana terlalu asyik dibakar idealisme beliau itu? Jangan-jangan, jika zaman itu sudah ada blog, mungkin beliau salah seorang blogger yang paling aktif mengkritik penjajah, termasuk almarhum Tunku Abdul Rahman sendiri.

Dr Mahathir memang anti Khairy. Kita lihatlah sejauhmanakah HEP menggunakan Auku untuk menyekat suara Mahathir di dalam universiti. Ingat, Auku itu ciptaan siapa? Hanya satu antara dua kejadian akan berlaku.

Sama ada senjata lama memakan tuan, atau tuan akan kembali menghina senjata lamanya. Pelbagaikanlah kaedah melawan dan menekan musuh-musuh yang tersurat dan tersirat dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Lantiklah Dr Mahathir sebagai penaung kepada bloggers kampus. Mana-mana pensyarah dan mahasiswa boleh berdiskusi mengenai idea-idea Dr. Mahathir untuk dibawa ke dalam blogger kampus di samping berjihad mengutuk, mencela, memaki, melaknat, mencandek, mencarut dan mencerca HEP – KPT sampai mati.

Sekarang, kuasa istana pun sudah mula mengambil perhatian ke atas masalah demokrasi di kampus. Suara anda tidaklah keseorangan lagi. Di mana-mana, telah meledak memekik suara yang menyebut – daging demokrasi telah mereput. Yang tersisa cuma tulang-tulang demokrasi yang hanyut berserakan dipukul badai bergelora dari laut keangkuhan HEP.

Saya perturunkan maklumat daripada SMM kepada Suhakam Jumaat lalu. Ia seperti yang termaklum; kebejatan moral HEP. Mungkin berfaedah bagi menumbangkan berhala HEP bertongkatkan Auku yang disembah Aspirasi dengan iman yang teguh, kewarakan yang utuh dan dibalut pula dengan libasan kain ketaqwaan yang tiada tolok bandingnya.

Semoga gerakan persuratan dan gerakan kebudayaan dapat memanfaatkan pula nantinya maklumat ini. Ingatlah, denai laluan yang menuju ke arah gerakan politik menjadi makin sukar lantaran HEP yang telah karat jiwanya dan langsung tidak tahu malu ini.

Bawalah pementasan teater dan rakyatkan gerakan budaya ke setiap kampus dan istana. Usunglah gerakan persuratan bloggers ke Yayasan Kepimpinan Perdana. Paling penting, usaha ini akan merombak pandangan umum–Suhakam adalah sebahagian demokrasi IPT.

ADUAN DAN PENYELEWENGAN DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS 2006 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1) TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) yang merangkap sebagai Pengerusi Jawatankuasa Timbalan Naib-Naib Canselor HEPA seluruh IPTA sesi 2006 / 07 telah mengeluarkan keputusan mengejut di mana mereka telah membenarkan calon-calon berkempen sebelum hari penamaan bagi memberi peluang kepada calon-calon Aspirasi berkempen pada hujung minggu di kolej kediaman dan menafikan hak untuk calon-calon individu berkempen dengan mengeluarkan notis larangan berkumpul dan berhimpun di tempat umum. (Tarikh notis pada 14 September 2006)

2) Sehubungan itu, TNC Hal Pelajar & Alumni dan pengetua kolej telah berkempen bagi calon-calon Aspirasi melalui perjumpaaan dengan pelajar dan majlis-majlis rasmi anjuran kolej-kolej kediaman seperti Fiesta Puteri di Kolej Keris Mas, perjumpaan bersama pelajar di Kolej Aminuddin Baki dan sebagainya. Ini menyalahi etika di mana TNCHEPA sebagai Pengerusi SPR dan pengetua kolej kediaman sebagai Ketua Tempat Mengundi sepatutnya bersikap berkecuali dalam pemilihan MPP kali ini.

3) TNCHEPA dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Pengajian Islam termasuk Pengetua Kolej Tun Hussien Onn memaksa siswa tertentu daripada Fakulti Pengajian Islam bertanding atas calon tajaan Aspirasi.

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

1) Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus hanya menghadkan tarikh kempen selama 1 hari setengah saja. Ini menyukarkan calon untuk menerangkan manifesto kepada pelajar yang mempunyai taburan luas di pelbagai fakulti dan kolej kediaman.

2) Pihak pentadbiran UIAM juga telah memperkenalkan satu sistem yang janggal dalam proses pilihan raya kampus seperti pengucapan awam dan sesi temuduga di hadapan dekan-dekan universiti. Ia jelas menapis calon-calon yang bebas untuk bertanding.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1) Terdapat ugutan bahawa pelajar yang mengundi pihak 'aspirasi' akan dibuang kolej.

2) Terdapat pihak yang sengaja memainkan isu perkauman dalam pilihan raya kampus hingga boleh menjejaskan keharmonian kaum.

UNIVERSITI MALAYA

Terdapat kolej-kolej kediaman yang menubuhkan badan penggerak pilihan raya di peringkat kolej kediaman membuktikan wujudnya sentimen tertentu yang boleh mempengaruhi minda warga kolej.

• Dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Kolej dan Jawatankuasa Tindakan Kolej di Kolej Kediaman Ketiga menyatakan cadangan perlantikan Pengarah Pilihanraya KK3.

• Terdapat surat bertarikh 14 September 2006 yang memohon peruntukan air mineral yang ditandatangani seorang sebagai Ketua Jentera Pilihanraya Aspirasi Kolej Kediaman Kinabalu.

• Wujudnya tekanan dan ugutan kepada warga kolej agar mengundi calon tertentu sepertimana kejadian di kolej kediaman kedua yang mana isi kandungan perjumpaan mahasiswa tahun pertama bersama pengetua Kolej Kediaman Kedua pada 18 September 2006 jam 9.30 malam, menjadi medan mengugut dan mendoktrin audiens agar mengundi Aspirasi di samping memburukkan imej calon lain dan melabelkan mereka sebagai calon pembangkang.

• Dalam mesyuarat Jentera Pilihanraya Kolej Kediaman Ke-12 membincangkan agenda penubuhan jentera pilihan raya, pencarian dana bagi jentera dan pemilihan calon.

• Wujudnya calon tajaan kolej-kolej tertentu yang mana kelihatan di hari penamaan calon banner-banner yang dibuat di peringkat kolej sebagai tanda sokongan kepada calon-calon dari kolej mereka.

Maka, Mahasiswa menuntut:

1) Kami menuntut SUHAKAM menjadi badan pemantau Pilihan Raya Kampus untuk beroperasi sepanjang proses pilihan raya berlangsung. Ini menjaminkan supaya perlaksanaan Pilihan Raya Kampus adalah telus dan adil.

2) Kami menuntut SUHAKAM mensyorkan e-undi dimansuhkan. Ini kerana e-undi adalah tidak telus dan tidak adil. Sistem e-undi tidak dapat dipantau dan tidak dapat dikira semula. Sistem ini diragui ketelusannya akibat daripada banyak kejadian teknikal dan keputusan PRK yang diragui telah berlaku sejak sistem tersebut dilaksanakan. Proses undian di seluruh IPTA mestilah dijalankan dengan menggunakan kertas undi. sistem e-undi harus diganti semula dengan kaedah manual iaitu melalui kertas undi. Ini menjamin supaya keputusan pilihan raya kampus adalah telus dan adil.

3) Kami menuntut SUHAKAM mensyorkan supaya tidak ada sebarang tanda atau nombor bersiri di atas kertas undi untuk mengelakkan sebarang keraguan dan meningkatkan tahap ketelusan. Ini menjamin agar ugutan undi tidak berlaku.

4) Kami menuntut SUHAKAM mensyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus mestilah dianggotai oleh badan khas yang dipilih secara bebas dan tidak dibenarkan kepada Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan mereka yang diragui kredibilitinya berdasarkan prestasi dan sikap sepanjang tempoh perkhidmatannya untuk menganggotai suruhanjaya tersebut dan dipersetujui pelbagai pihak. Ini menjamin agar Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus adalah telus dan adil.

5) Kami menuntut SUHAKAM memantau supaya pihak pentadbiran universiti tidak boleh mengeluarkan sebarang arahan, ancaman atau ugutan secara lisan atau bertulis ke atas mana-mana mahasiswa yang akan mengundi dan bertanding dalam pilihan raya kampus supaya mereka tidak merasa tekanan dan selesa untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Ini menjaminkan supaya ugutan undi tidak berlaku.

6) Kami menuntut SUHAKAM memantau supaya bahan-bahan sebaran kempen dan tempat-tempat berkempen tidak seharusnya disekat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus sehingga merumitkan calon untuk berjumpa dan menerangkan kepada mahasiswa. Ini menjaminkan supaya Hak Bersuara mahasiswa tidak dicabuli semasa Pilihan Raya Kampus

7) Kami menuntut SUHAKAM memantau supaya Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tidak mencabuli hak calon-calon untuk bertanding di atas tiket persatuan atau kumpulan. Ini menjaminkan supaya Hak Berpersatuan calon-calon tidak dicabuli semasa Pilihan Raya Kampus.

8) Kami menuntut SUHAKAM mengesyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus mestilah mengubah tempat pembuangan undi dari kolej kediaman ke fakulti universiti bagi memastikan pilihan raya ini lebih adil dan telus. Ini menjamin agar ugutan undi tidak berlaku.

9) Kami menuntut SUHAKAM mengesyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus seharusnya sedar bahawa mahasiswa mempunyai hak untuk memilih sesiapa saja yang menjadi calon dan dipilih menjadi calon. Ini menjamin agar Hak Asasi Mahasiswa menjadi calon tidak dicabuli .

Disediakan oleh,

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

Disokong oleh,

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)

Forum Lorong Tengah (FOR - LOT)

Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP)

Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)

University Malaya Association of New Youth (UMANY)

Food Not Bomb (FNB)