Kampus Hadhari (Sekolah Pemikiran Tunjungan)

KAMPUS HADHARI (Sekolah Pemikiran Tunjungan) adalah sebuah laman yang mengumpulkan senarai blog & bloggers yang berjuang secara sukarela tanpa mengaut keuntungan. Jika kedapatan mana-mana ahli Kampus Hadhari yang terdakwa di bawah Auku dan lain-lainnya, warga KAMPUS HADHARI akan berusaha melindungi dan memberi khidmat nasihat kepada mereka.


Syiar Krismas lebih meriah berbanding Aidil Adha di ibu kota?

Oleh Ali Bukhari Amir

Ketika Umat Islam merayakan Aidil Adha ini, dan laungan takbir bergema selama empat hari ini, telah tertegak sebuah pokok Krismas raksasa yang menjulang tingginya separas bumbung Suria KLCC di tengah ibu kota itu. Pucuk pokok itu setia mencakar atap gedung perniagaan.

Abdul Rahman Daud, 24, salah seorang pengunjung di situ sedang asyik meneliti tiket wayang di Tanjong Golden Village (TGV) di tingkat 3 di gedung membeli belah itu. Hari raya ini beliau tidak dapat balik beraya di Pahang memandangkan rumah keluarganya tenggelam separas 8 kaki dihanyutkan deras air sungai yang melimpah dengan cepat sekali.

"Raya di sini saja. Lagi pun, ramai kenalan IPT yang menerima nasib yang sama," katanya dengan wajah yang bersalut kedukaan. Sebenarnya tadi kami terserempak di Kinokuniya, sebuah gedung yang sarat dengan muatan buku-buku antarabangsa, tempatan dan Jepun.

Dari gedung buku itu di tingkat empat, kami pergi ke TGV yang terletak di lantai tiga. Ada dua pasangan remaja Melayu (mungkin Muslim) sedang berpegangan tangan sambil topi Santa Claus terpacak megah di atas kepala mereka. Topi merah putih seperti warna bendera Sang Saka Merah itu berbulu tebal, mungkin berbaldu dan kelihatan lembik sehingga puting bucu di atas itu terjatuh menutup telinga. Kadangkala ia terjatuh di bahagian belakang kepala.

Dua tiga hari sebelum pulang beraya, dalam perjalanan menuju ke Kelang dengan komuter dari KL Sentral, hal yang sama berlaku. Pada hari itu, saya terlihat dua remaja lelaki dengan sengaja meletakkan topi Santa Claus di atas kepala mereka.

Di mana-mana gedung membeli belah utama di ibu kota ini, di Pavilion misalnya, saya terlihat ada anak Melayu yang menyulam perhiasan di pokok Krismas sebagai perhiasan. Persitiwa yang seperti ini walaupun mungkin tidak melambangkan jatuh aqidah, namun ia menampar hati nurani Muslimin bagi mereka yang masih tebal dengan keislamannya.

"Mungkin dalam hal para pekerja Melayu kita boleh beri sedikit kelonggaran dengan berfikir, bahawa mereka sebenarnya terpaksa berbuat begitu kerana mencari rezeki. Mungkin mereka hias pokok Krismas kerana dibayar upah," kata Abdul Rahman, anak kelahiran Bera ini.

Saya dapat bersetuju dengan Abdul Rahman, tapi betapa halnya dengan remaja yang dengan sengaja memakai topi Santa Claus dalam komuter tempoh hari? Adakah mereka ini didesak oleh keadaan, dibayar berbuat begitu ataupun sekadar menerima seadanya segala budaya luar yang bukan milik kita? Jelas, mereka cuma memenuhi waktu libur dan kerana suka fesyen.

Pada 20 Disember lalu, lima hari sebelum perayaan Hari Natal, separuh bangunan White House telah dijilat api. Media melaporkan, kejadian itu berlaku di bilik pejabat Dick Cheney. Mujurlah kebakaran ini berjaya dipadamkan. Tetapi, dalam nahas itu juga White House masih sempat lagi mengirim kira-kira 895,000 kad Hari Natal yang diedarkan seluruh pelusuk dunia.

Syiar Natal berkembang dengan ghairah dan kental, dimantapkan lagi oleh pokok Krismas di KLCC ini. Jika gedung perniagaan ibu negara ini tertegak sebuah pokok raksasa di bahagian tengahnya, White House telah membina 33 pokok raksasa yang lebih kurang ketinggiannya.

"Walhal, gedung ini dibina dengan syarikat GLC, Petronas sebagai nadi tonggak bangunan ini. Sekali imbas, kerajaan yang menguasainya. Kenapa syiar Aidil Adha tidak jelas?” rakan baru saya menyoal. Dan soalan itu, entah siapalah yang mampu menjawabnya?

Persoalan yang dibangkitkan Abdul Rahman itu ada kebenarannya. White House menjemput tetamu seramai 60,000 ke pentadbiran neraka itu sempena perayaan mereka. Sebanyak 20,000 biskut disediakan dan 450 kg udang besar disajikan sebagai hidangan santapan istimewa.

Namun, gema takbir raya atau dan ayat suci sempena sambutan Aidil Adha yang sepatutnya akan dilagukan di mana-mana itu telah ditenggelami kebanjiran syiar agama bukan rasmi di Malaysia. Di mana teguran agensi agama persekutuan sedang Petronas, GLC ada di situ?

Bukankah disunatkan takbir itu diratibkan selama beberapa hari selepas Aidil Adha? Jadi, dalam tempoh itu, sementara menunggu ketibaan Hari Natal, di mana wirid menghilang?

Kita mungkin dapat menerima hakikat bahawa setidak-tidaknya sebuah gedung perniagaan besar milik bukan Melayu dan bukan Muslim tidak akan mengendahkan hal ini kerana meningkatkan syiar Islam dan menerapkan pengaruh kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan bukan sebahagian daripada amanat yang dipikul (walaupun mereka patut bertanggungjawab juga dalam hal ini sebagai warga Malaysia)

Tapi, kalau gedung perniagaan yang ada di dalamnya syarikat GLC; milik kerajaan sendiri tidak berupaya meningkatkan kesedaran itu, bagaimana warga bukan Melayu dan bukan Muslim mahu menghormati agama dan bahasa rasmi di negara ini?

Ketika ini, dunia sedang menonton pertandingan calon Democrat dan Republican dalam merebut jawatan Presiden USA. Antara yang menarik, ialah pertarungan antara wakil gereja Evangelical Huckabee dan wakil gereja Mormon Romney untuk calon Republican.

Perpecahan Kristian lebih menebal berbanding agama lain di dunia. Ini jelas terpancar dalam krisis perebutan jawatan itu. Mormon sering dianggap sebagai suatu aliran 'cult' yang terasing daripada Kristian itu sendiri. Malah, daripada dua aliran itu tercetak ribuan pecahan lagi.

Huckabee (Evangelical) ketika disoal di dalam temu bual bersama Newsweek, enggan mengulas kedudukan Mormon sebagai 'cult'. "Jika saya jawab soalan saudara, ramai pihak akan berkata, Ah! Anda bercakap seolah-olah anda seorang yang arif di bidang agama.

"Oh, anda sedang menggambarkan diri anda sebagai hakim yang memutuskan kebenaran antara agama-agama," demikian kata Huckabee. Agama di Barat ini sebenarnya semakin merosot kalau dibandingkan dengan Islam yang semakin berkembang di Barat di mana gereja-gerejanya telah dibeli oleh saudagar Muslim untuk dijadikan masjid.

Demi menyelamatkan maruah agama, suatu akta warisan digubal bagi mengelakkan gereja yang usang dibeli oleh Muslim untuk dijadikan binaan lain. Di sini jelas kelihatan peranan politik bagi menyelamatkan agama yang pernah gemilang di Barat itu. Gejala keusangan gereja berleluasa di Britain. Anak muda termasuk masyarakat telah kurang menghayati agama.

Dalam konteks Amerika, White House dilihat sebagai kuasa penentu yang menyambung warisan syiar perayaan itu, bersanad dari zaman-berzaman walaupun hukum perundangan agama tidaklah tertegak sebagai landasan negara sekular tersebut.

Wacana kristologi di negara kita masih lagi di tahap rendah berbanding Indonesia. Kalau ada pun nescaya ia terzahir secara perbincangan tertutup dan tidak meluaskan di mana perdebatan hanya terhad kepada mereka yang ahli-ahli sahaja.

"Apalah bezanya umat Islam dan Kristian saat ini. Kedua-duanya mengalami peristiwa bencana alam yang lebih kurang sama. Mereka dan kita atau berdepan banjir, gempa bumi dan ribut ketika dua musim perayaan agama besar ini menjelang tiba.

"Namun, dalam apa jua keadaan syiar agama mereka bagaikan banjir di mana limpahannya tetap meluncur di mana-mana negara walaupun hukum-hakam agama itu diketepikan," kata rakan saya tadi. Dia seorang anak muda biasa dan kami tiada latarbelakang agama yang tinggi.

Kata-kata itu meresap masuk, menerobos ke ruang fikir sehingga menjadi bahan fikiran saya kini. Hukum agama sebagai inti perundangan negara dan syiar agama, sejauhmana golongan pemerintah terfikirkan hal seumpama ini?

Ada dua sendi agama yang dilupakan. Hukum-hakam dan syiar agama. Selain hukum-hakam dan perundangan, syiar juga harus ditegakkan. Kelebihan di Barat – walaupun hukum-hakam sekular, tapi syiar agama tetap wujud. Di negara kita, selain perundangan Islam tidak tertegak, syiar makin malap di luar masjid seperti tempat tumpuan umum sebagai pasaraya itu.

Syiar menyebabkan manusia akan terdorong dan didorong hatinya untuk mengamalkan agama. Apabila manusia mula mengamalkan syariat agama dalam jiwanya, raganya akan aktif bertindak untuk menuntut pelaksanaan hukum-hakam yang selaras dengan maksud yang dicita-citakan oleh al-Quran itu sendiri akhirnya.

Inilah satu kelebihan White House dari aspek tertentu, iaitu lembaga itu memperuntukkan sebanyak-banyaknya dana demi mempertahan syiar Kristian. Fakta yang dipersembahkan di dalam sebuah majalah antarabangsa menyebabkan hati saya dipagut rasa kagum.

White House menyiapkan 10,000 hasil kraftangan, 263 meter kalungan bunga hiasan, 700 kek penganan beraneka rupa warna, 270 kilogram asparagus, 347 perhiasan pokok Krismas, 1,200 liter eggnog, 232 susunan bungaan dan daunan yang dipilih atau dianyam menjadi lingkaran bunga, 73 sukarelawan dan lain-lain lagi.

Aduhai, pemimpin kita cuma meningkatkan syiar sekadar rumah terbuka dan tidak cukup waktu untuk memanjangkan gelombang dan getaran syiar itu ke mana-mana. Yang ada, tv menyiarkan takbir bersama PM, artis dan tentera. Mujur ada. Syukur... tapi takat itu sajakah?

Mungkinkah kehebatan syiar agama ini menyebabkan anak-anak Melayu dalam komuter dan pasangan sejoli di KLCC tadi telah didorong untuk menjadikannya sebagai fesyen ikut-ikutan? Hal ini pun harus menjadi perhatian, renungan dan menungan kita bersama juga.

Dalam suatu artikel yang sudah lama saya baca, seingat-ingat saya sama ada Muhammad Rashid Redha atau Syeikh Muhammad Abduh pernah ditegur seorang paderi mengenai Islam ini. Dan teguran inilah menjadi bahan fikiran dan penulisan tokoh pemikir Islam ulung itu.

Paderi itu berkata, “Seandainya saya Muslim, pasti saya akan berdakwah dengan lebih hebat lagi mengenai Islam. Tetapi, saya dapati banyak ajaran Islam yang tidak disampaikan oleh pendakwah walhal agama kami mempunyai ajaran yang amat sedikit untuk dikembangkan.”

Di manakah silap kita? Dan bukankah setiap Muslim itu pada hakikatnya adalah pendakwah?

Kelantan dilanggar 'tsunami'?

Tempat: Berhadapan Bujang Lapok Cafe,
Sekolah Pemikiran Kg Baru
Tarikh: 16 Disember
Masa: Ketika azan Asar dilaungkan
di Masjid Jamek Kg Baru.
Hari ini saya bertemu pakcik sekali lagi. Maaf, coretan ini mungkin menyinggung rasa anak-anak Kelantan. Apa-apa yang saya dengar, akan saya sampaikan dengan penuh tanggungjawab.
Sekarang, berlaku banjir di Kelantan. Ketika saya sampaikan 'berita dari langit' ini, orang-orang di opis mula ketawa dan saya dijadikan bahan ketawa. Saya terus bersabar. Sekarang hujan dan banjir mula menimpa Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Menurut pakcik, Kelantan paling terjejas teruk. Bila saya sebutkan hal ini kepada kawan-kawan di opis, dia orang tak percaya. Jadi, pakcik mahu saya bekalkan penawarnya - 44x al-Fatihah pada 3x Jumaat untuk dibaca rakyat Kelantan beramai-ramai untuk selamatkan keadaan.
"Mana ada ... bid'ah tu," kata seorang teman sepejabat. "Ada Rasulullah baca begitu ke? Yang itu amalan Rasulullah ke?"
Lalu, saya bidas: "Habis, yang kita semua dapat dalam sms, menyatakan TG Nik Aziz minta kita semua pakat baca al-Ikhlas 40x ketika SPR sedang mengira undi tu, kira bid'ah jugak ke?
"Di zaman Rasulullah ada pilihan raya ke?" tanya saya, mendesak jawapan. Terdiam lama dia ...
Last sekali, untuk menutup malu (mungkin), dia berhujah lemah: "Nik Aziz orang berilmu ..."
Jadi, saya pun malas nak lanjutkan debat. Sebab, dah tahu dah yang dia mati akal kalah hujah. Kadang-kadang, ramai yang nampak bijak, tapi tak begitu mendalam renungannya. Wirid yang disarankan Nik Aziz dengan bilangan khusus itu mungkin bukan datang dari Rasulullah.
Tapi, al-Fatihah dan al-Ikhlas itu memang datang daripada Baginda. Cuma, tentang hal bilangan itu yang tidak boleh dijelaskan di sini. Hai, senang-senang saja nak kata bid'ah. Terkilan betul ...
Jadi, menurut 'cerita dan berita' terbaru, limpahan air dari Kelantan itu akan turun semula ke Laut China Selatan. Kemudian, ada rekahan di bawah perut bumi. Mungkin, kerana itu air sudah terjun ke laut. Akhirnya, rekahan itu mula merapat dan air dalam rekahan itu (mungkin) air melompat naik ke daratan sebagai tsunami ...
Berhati-hatilah anak-anak Kelantan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Kalau boleh keluar dari negeri itu sebelum 26 Disember mungkin lebih baik.

Perbualan dengan 'Orang Tua' di Kelang

Tempat: S. P. Kg Baru & S. P. Kelang
Tarikh: 11 Disember 2007
Masa: Seharian

Aku keluar dari Sekolah Pemikiran Kg Baru agak-agak ketika azan Zohor berkumandang di mimbar Masjid Jamek Kg Baru. Aku lihat ada kelainan simpang empat jalan menghala ke masjid tersebut. Bila kuamati dan cermati, rupa-rupanya baru aku sedar yang kelainan itu berpunca daripada pokok-pokok yang ditebang tempoh hari.

Aku terus menaiki LRT Kg Baru menuju KL Sentral. Kemudian naik komuter menuju ke Kelang. Dalam komuter aku pun khusyuk (terpaksa buat-buat khusyuk) menatap majalah Time yang baru tadi aku ambil di dalam peti pos di rumah flat aku.

Memaksa diri membaca bahan bacaan yang berat sememangnya menyeksakan ketika aku berada depan seorang awek elegant yang sesekali memerhatikan aksi aku. Selalu macam tu. Setiap kali ke Kelang, mesti ada cubaan, dugaan, rintangan dan ujian … oohhh…

Tak pa, yang tu hal kecil saja. Biasalah, orang bujang. Selepas turun ke stesen Shah Alam tu, barulah hati aku sedikit lapang. Aku terus membaca sehinggalah tiba di stesen Kelang.

Sebelum terlupa, sebelum itu ada seorang pegawai komuter yang tahan dua orang pelajar wanita Indonesia. Aku tidak pasti apa kesalahannya. Entah-entah mereka berlaku curang. Tapi, kesimpulannya aku jadi kasihan dengan orang perempuan ni. Mesti mereka malu banget kerana ramai mata memerhati dengan tuduhan dana tudingan yang tidak adil.

Serba-serbi gelagat manusia mutakhir ini seringkali mengundang persoalan membuahkan pertanyaan. “Kenapa mereka belajar di sini dengan pakaian seragam sekolah Indonesia? Siapa mereka sebenarnya? Kenapa mereka (mungkin) curang?” hatiku bertanya.

Semua soalan ini tidak membuahkan jawapan pula. Semoga nanti Tuhan akan kirimkan seseorang yang boleh menjawab semua persoalan ini. Lalu, aku tiba di stesen Kelang dan aku merakam perbualan pakcik dan segala-gala ucapannya yang keras.

- Pak Lah kena berhenti terus, letak jawatannya sebagai Perdana Menteri.
- Jadi, penggantinya (Abdullah) semestinya Najib. Najib wajib dinaikkan sebagai PM walaupun dia ada masalah tersendiri. Ini kerana, Najib nampak kukuh dan tak goyah.
- Anwar ada matlamat dan perjuangannya ‘bersalut’ dendam.
- Anwar tidak dapat jadi PM kerana ada sesuatu yang dia lakukan…sulit untuk tuliskan di sini, kerana aku belum dapat mengesahkan beberapa perkara …
- Pakcik mahu pasang sepanduk dan dalam sepanduknya ada kalimat yang bunyi lebih kurang “Pak Lah perlu meletakkan jawatan!”
- Pak Lah sekarang telah menjadi hamba kepada orang-orang kaya.
- Ali Rustam sukar digugat kerana dia rapat dan pandai pula mengampu Pak Lah.

Ketika ‘bermesyuarat’ tadi, aku menyokong usul pak cik mahu mengeluarkan sepanduk di Dataran Merdeka, sebaliknya makcik tidak menyokong usul itu. Berlaku perbalahan …

Aku menyokong atas nama jiwa kepengarangan dan kewartawanan itu. “Biar sampai jadi macam kes Altantuya, akhirnya wartawan letakkan kronologi kemusnahan Tanjung Tuan.

“Dengan cara ini,” kataku lagi, “hal ini akan mula menambat perhatian rakyat.”

Namun, kulihat makcik tetap berdegil dengan keputusannya. Akhirnya, pakcik mengalah.

Aku bisik kepada pakcik apabila makcik ke dapur, “Memang jalan fikiran wanita macam tu. Risau sangat kot.” (aku teringat kes di bangku kuliah USM, MPP perempuan takut …)

“Tak de la,” jawab pakcik dengan sedikit keluh kesal, “aku sebenarnya penguat semangat mereka. Jadi, kalau aku kena tahan, mereka rasa tidak kuat meneruskan kehidupan ini.”

Dalam perjalanan pulang dari rumah Makcik dan Pak Cik, aku tanya beliau beberapa hal, “Parameswara menamakan Melaka ketika bersandar di pokok Melaka ketika anjingnya ditendang seekor pelanduk lalu jatuh Tanjung Tuan

- Kisah Parameswara. Beliau adalah anak bongsu daripada sembilan beradik. Apabila dia mencari penempatan baru di Melaka bagi membina sebuah negara, dia memeluk Islam. Pada ketika itu Tanah Melayu masih di bawah empayar Sriwijaya.
- Maka lapan orang adik-beradiknya itu berpakat memusuihinya kerana bimbang Melaka akan bangkit sebagai sebuah negara Islam yang akan menggugat kewibawaan mahu membunuh Parameswara lantaran memeluk Islam dan meninggalkan agama Hindu.
- Apabila Parameswara dibunuh, baginda dimakam pada sebuah tempat, digelar kubur itu sebagai Syeikh Dato’ Ahmad Majnun di Pengkalan Kapas?? (aku tak pasti sangat)
- Bila aku tanya, “Hal ini tak pernah tercatat dalam sejarah yang ditulis” Dia jawab yang semua ini berpunca daripada sejarah yang ditulis oleh orang yang ada kepentingan.
- Tanjung Tuan adalah pintu masuk, password ke alam lain. “Tanjung Tuan itu Tanjung Tuhan,” demikian pak cik terlepas cakap. Dan, aku terlepas tulis pula di blog ini. Kalau pakcik tau entah-entah dia rasa tak best. Tapi, aku rasa nak tulis juga bagi menyedarkan khalayak. Itu niat aku. Bukan nak timbulkan chaos, gegaran dan kontroversi.
- Bila Pakcik sebut begitu, aku teringat Sulalatus Salatin menyebut istilah - Tua (Tuha)… Jadi, ‘tuan’ mungkinkah ‘Tuhan’? Pergelutan makna istilah ini telah menyeksa jiwa ragaku dan hari ini aku makin menemukan jawapannya. (fuh, macam Da Vinci Code!)
- 11 wali di situ. Ada hari berzanji, wirid, Ya Rahman ir Rahiim, Yasin malam Jumaat.
- Aku ada bertanya: “Siapakah orang yang mula-mula mewujudkan sistem begitu? Pada malam-malam tertentu berzanji, bermarhaban, baca Yasin malam Jumaat dan lain-lain.”
- Pak cik, dalam kereta ketika hantar aku balik ke rumah ada berbicara mengenai seorang yang berjalan dari Tg Tuan, menuju Gunung Angsi, kemudian ke Pahang dan …
- Puteri Gunung Ledang – jin perempuan bermahkota merah, kini berundur ke Indonesia.

Kesimpulannya, walaupun ada banyak hal aku tak faham dan tak jelas, namun aku tak cepat menyetujui dan menafikan. Sikap ini aku warisi daripada ayahku. Dia pernah cerita kepadaku bahawa perangai ini menjadikan dia mendapat banyak maklumat dan rahsia.
Selesai taip laporan muhasabah diri:
3:37 pagi / 12 Disember, 2007
Sekolah Pemikiran Kg. Baru.

Bicara Sastera Sekolah Pemikiran Kg Baru - (1)

Tarikh: 10 Disember, 2007
Masa: 8:00 – 9:30 mlm
Tempat: Hotel Legend, Kuala Lumpur

AKU jumpa cik Saripah Yatiman dan keluarganya, warga Singapura. Dia menghadiahkan dua buku puisinya. Sebuah kepadaku, sebuah lagi kepada Saifullizan, DBP. Kami berbual tidak lama, aku beredar selepas filem Seniman Bujang Lapok ditayangkan setengah jam kemudian, dengan meninggalkan banyak rumusan di kepala.

“Dia ni lah bang. Kalau di Singapore dah kena tangkap ni…. kena ISA dah,” kata beliau, sambil wajahnya dialihkan ke arah suaminya. Aku tak sempat pula nak bertanyakan serta berkenalan lebih lanjut dengan suaminya. “Blog dia ni keras sungguh!” tambah Saripah.

Rupanya, perkataan itu adalah kesan bacaannya ke atas blog Karya Fansuri inilah. Aku mengetahuinya selepas dia menjelaskan semuanya. “Saya ikuti awak punya blog dan Sahrunizam. Saif blog kosong,” katanya lagi. Cik Saripah ini, aku kenalinya di Samarinda, Kalimantan Timur dalam acara Mastera lalu.

“Ya, Saif dia memang khaskan blog itu untuk himpunkan cerita rakyat yang bertaburan di Nusantara,” aku membalas semula. Aku terkenang bualanku dengan Saif tak lama dahulu ketika di Samarinda. Kedua, dia menegaskan hal itu ketika selesai menonton pementasan Hikayat Qaziq di DBP.

Antara yang diperbualkan waktu itu –

1. Perkembangan sastera Malaysia dan Singapura …
a. Singapura banyak geran, tapi pembahagiannya disyaki ada pilih kasih … “Saya pernah dapapt sampai 2000 dollar. Ada yang dapat 3000 dan ada Tapi, saya cetak 500 buah saja.”

“Kenapa sikit sangat cetak buku itu?” kataku lagi, “Adakah ia suatu peraturan?”
tell6.com banner
“Bukan,” kata Saripah, “sebabnya buku sastera di sana tidak diminati.”

b. Berita Minggu Singapura, berharga 60 sen sudah sempit dengan ruang berkarya. Begitulah kata beliau. Sesekali aku menyelak BM itu, aku lihat ada sebuah sajak panjang bertajuk, ‘Masih adakah Melayu di sini’, karya Suratman Markasan.

Panjang juga puisinya, lapan perenggan. Antara perenggan yang menarik - “Ta’rif Melayu di sini ada tiga, pertama Melayu itu beragama Islam, kedua Melayu itu beradat-istiadat Melayu, ketiga Melayu itu bertutur di dalam bahasa Melayu, tapi jika di toko pasar rumah masjid dan majlis, bahasa Melayu telah dipinggir Inggeris, dan jika banyak belia Melayu, terjebak dengan hidup bebas meninggalkan Islam, masih adakah Melayu di sini? …”

2. Sejarah, kebudayaan dan pemikiran Melayu terpinggir di Singapura
a. Kampung Gelam
Istana Kg Gelam dah ditukar kepada muzium. Tanah orang Melayu di Singapura, kata cik Saripah, kalau nak diambil untuk pembangunan, memang akan dapat. Mereka tak mampu berbuat apa-apa lagi.

“Memang kontroversi kes itu. Pemerintah bayar berapa ratus ribu kepada keturunan Raja Hussein, tapai ada yang tidak puas hati dengan pengagihannya,” kata beliau.

b. Masjid Temenggung di Teluk Belanga, Singapura.
Ia masih daerah kepunyaan kerajaan Johor. “Kenapa orang sebut baju Teluk Belanga? Nama baju Teluk Belanga datang dari situ,” kata Saripah. Rupanya ketika mana WPI ini sedang hangat didebatkan, masih ada lagi satu kawasan tanah di Singapura adalah menjadi milik kerajaan

c. Nama-nama tempat
Sembawang – nama tempat pelakon di Jalan Ampas berlakon dulu, kawasan ni dekat dengan Johor. Kalau tidak silap, filem yang pernah dilakonkan di sini – Raden Mas??

Buangkok – ada 5 – 6 buah rumah kampung Melayu yang masih tinggal. “Masih ada lagi suasana kampungnya. Ada tanah, tempat ternak ayam,” katanya.

Ada pertanyaan yang menggaru-garu di benakku. Lalu kulontarkan segala, “Adakah wujud sebegitu sebagai suatu kampung yang diwartakan sebagai tempat warisan?”

“Tidak, suatu hari pasti akan diambil juga oleh pemerintah,” balasnya.

Bedok – aku tak ingat apa yang sebenarnya dijelaskan cik Saripah darihal Bedok ini.

d. TV dan komunikasi
Suatu hal lain yang kerap menerpa di fikiranku ialah maklumat daripada Malaysia itu dapat dicapai oleh pemerintah Singapura. Kerap juga aku lihat rakyat Singapura yang membuat panggilan ke Selamat Pagi Malaysia, Bicara Siswa dan Bersama Menteri.

“Dulu memang dapat siarannya, sekarang sukar dapat,” kata suaminya pula.

Daripada perbualan sesingkat itu, sukar untuk kupastikan sama ada capaian ke siaran Malaysia (RTM, TV3 dll) itu dapat dilihat sebagai percuma atau berbayar? Dan, jika mereka boleh mencapai siaran itu, adakah ia bersifat legal atau illegal?

3. Hubungan Penggiat sastera muda Nusantara
a. Setakat ini, dia perkenalkan aku dengan http://www.nac.gov.sg dan http://www.isakamari.com.
b. Hoirull Amri kerap berulangalik Singapura – UPSI atas nama kegiatan sastera.

“Memang Asas 50 ada ikatan Mou dengan universiti itu atas kegiatan kesusasteraan,” katanya. Hoirull kerap juga aku berbual dengannya lewat chat Yahoo Messenger.