Kampus Hadhari (Sekolah Pemikiran Tunjungan)

KAMPUS HADHARI (Sekolah Pemikiran Tunjungan) adalah sebuah laman yang mengumpulkan senarai blog & bloggers yang berjuang secara sukarela tanpa mengaut keuntungan. Jika kedapatan mana-mana ahli Kampus Hadhari yang terdakwa di bawah Auku dan lain-lainnya, warga KAMPUS HADHARI akan berusaha melindungi dan memberi khidmat nasihat kepada mereka.


Perbualan dengan 'Orang Tua' di Kelang

Tempat: S. P. Kg Baru & S. P. Kelang
Tarikh: 11 Disember 2007
Masa: Seharian

Aku keluar dari Sekolah Pemikiran Kg Baru agak-agak ketika azan Zohor berkumandang di mimbar Masjid Jamek Kg Baru. Aku lihat ada kelainan simpang empat jalan menghala ke masjid tersebut. Bila kuamati dan cermati, rupa-rupanya baru aku sedar yang kelainan itu berpunca daripada pokok-pokok yang ditebang tempoh hari.

Aku terus menaiki LRT Kg Baru menuju KL Sentral. Kemudian naik komuter menuju ke Kelang. Dalam komuter aku pun khusyuk (terpaksa buat-buat khusyuk) menatap majalah Time yang baru tadi aku ambil di dalam peti pos di rumah flat aku.

Memaksa diri membaca bahan bacaan yang berat sememangnya menyeksakan ketika aku berada depan seorang awek elegant yang sesekali memerhatikan aksi aku. Selalu macam tu. Setiap kali ke Kelang, mesti ada cubaan, dugaan, rintangan dan ujian … oohhh…

Tak pa, yang tu hal kecil saja. Biasalah, orang bujang. Selepas turun ke stesen Shah Alam tu, barulah hati aku sedikit lapang. Aku terus membaca sehinggalah tiba di stesen Kelang.

Sebelum terlupa, sebelum itu ada seorang pegawai komuter yang tahan dua orang pelajar wanita Indonesia. Aku tidak pasti apa kesalahannya. Entah-entah mereka berlaku curang. Tapi, kesimpulannya aku jadi kasihan dengan orang perempuan ni. Mesti mereka malu banget kerana ramai mata memerhati dengan tuduhan dana tudingan yang tidak adil.

Serba-serbi gelagat manusia mutakhir ini seringkali mengundang persoalan membuahkan pertanyaan. “Kenapa mereka belajar di sini dengan pakaian seragam sekolah Indonesia? Siapa mereka sebenarnya? Kenapa mereka (mungkin) curang?” hatiku bertanya.

Semua soalan ini tidak membuahkan jawapan pula. Semoga nanti Tuhan akan kirimkan seseorang yang boleh menjawab semua persoalan ini. Lalu, aku tiba di stesen Kelang dan aku merakam perbualan pakcik dan segala-gala ucapannya yang keras.

- Pak Lah kena berhenti terus, letak jawatannya sebagai Perdana Menteri.
- Jadi, penggantinya (Abdullah) semestinya Najib. Najib wajib dinaikkan sebagai PM walaupun dia ada masalah tersendiri. Ini kerana, Najib nampak kukuh dan tak goyah.
- Anwar ada matlamat dan perjuangannya ‘bersalut’ dendam.
- Anwar tidak dapat jadi PM kerana ada sesuatu yang dia lakukan…sulit untuk tuliskan di sini, kerana aku belum dapat mengesahkan beberapa perkara …
- Pakcik mahu pasang sepanduk dan dalam sepanduknya ada kalimat yang bunyi lebih kurang “Pak Lah perlu meletakkan jawatan!”
- Pak Lah sekarang telah menjadi hamba kepada orang-orang kaya.
- Ali Rustam sukar digugat kerana dia rapat dan pandai pula mengampu Pak Lah.

Ketika ‘bermesyuarat’ tadi, aku menyokong usul pak cik mahu mengeluarkan sepanduk di Dataran Merdeka, sebaliknya makcik tidak menyokong usul itu. Berlaku perbalahan …

Aku menyokong atas nama jiwa kepengarangan dan kewartawanan itu. “Biar sampai jadi macam kes Altantuya, akhirnya wartawan letakkan kronologi kemusnahan Tanjung Tuan.

“Dengan cara ini,” kataku lagi, “hal ini akan mula menambat perhatian rakyat.”

Namun, kulihat makcik tetap berdegil dengan keputusannya. Akhirnya, pakcik mengalah.

Aku bisik kepada pakcik apabila makcik ke dapur, “Memang jalan fikiran wanita macam tu. Risau sangat kot.” (aku teringat kes di bangku kuliah USM, MPP perempuan takut …)

“Tak de la,” jawab pakcik dengan sedikit keluh kesal, “aku sebenarnya penguat semangat mereka. Jadi, kalau aku kena tahan, mereka rasa tidak kuat meneruskan kehidupan ini.”

Dalam perjalanan pulang dari rumah Makcik dan Pak Cik, aku tanya beliau beberapa hal, “Parameswara menamakan Melaka ketika bersandar di pokok Melaka ketika anjingnya ditendang seekor pelanduk lalu jatuh Tanjung Tuan

- Kisah Parameswara. Beliau adalah anak bongsu daripada sembilan beradik. Apabila dia mencari penempatan baru di Melaka bagi membina sebuah negara, dia memeluk Islam. Pada ketika itu Tanah Melayu masih di bawah empayar Sriwijaya.
- Maka lapan orang adik-beradiknya itu berpakat memusuihinya kerana bimbang Melaka akan bangkit sebagai sebuah negara Islam yang akan menggugat kewibawaan mahu membunuh Parameswara lantaran memeluk Islam dan meninggalkan agama Hindu.
- Apabila Parameswara dibunuh, baginda dimakam pada sebuah tempat, digelar kubur itu sebagai Syeikh Dato’ Ahmad Majnun di Pengkalan Kapas?? (aku tak pasti sangat)
- Bila aku tanya, “Hal ini tak pernah tercatat dalam sejarah yang ditulis” Dia jawab yang semua ini berpunca daripada sejarah yang ditulis oleh orang yang ada kepentingan.
- Tanjung Tuan adalah pintu masuk, password ke alam lain. “Tanjung Tuan itu Tanjung Tuhan,” demikian pak cik terlepas cakap. Dan, aku terlepas tulis pula di blog ini. Kalau pakcik tau entah-entah dia rasa tak best. Tapi, aku rasa nak tulis juga bagi menyedarkan khalayak. Itu niat aku. Bukan nak timbulkan chaos, gegaran dan kontroversi.
- Bila Pakcik sebut begitu, aku teringat Sulalatus Salatin menyebut istilah - Tua (Tuha)… Jadi, ‘tuan’ mungkinkah ‘Tuhan’? Pergelutan makna istilah ini telah menyeksa jiwa ragaku dan hari ini aku makin menemukan jawapannya. (fuh, macam Da Vinci Code!)
- 11 wali di situ. Ada hari berzanji, wirid, Ya Rahman ir Rahiim, Yasin malam Jumaat.
- Aku ada bertanya: “Siapakah orang yang mula-mula mewujudkan sistem begitu? Pada malam-malam tertentu berzanji, bermarhaban, baca Yasin malam Jumaat dan lain-lain.”
- Pak cik, dalam kereta ketika hantar aku balik ke rumah ada berbicara mengenai seorang yang berjalan dari Tg Tuan, menuju Gunung Angsi, kemudian ke Pahang dan …
- Puteri Gunung Ledang – jin perempuan bermahkota merah, kini berundur ke Indonesia.

Kesimpulannya, walaupun ada banyak hal aku tak faham dan tak jelas, namun aku tak cepat menyetujui dan menafikan. Sikap ini aku warisi daripada ayahku. Dia pernah cerita kepadaku bahawa perangai ini menjadikan dia mendapat banyak maklumat dan rahsia.
Selesai taip laporan muhasabah diri:
3:37 pagi / 12 Disember, 2007
Sekolah Pemikiran Kg. Baru.

0 Responses to “Perbualan dengan 'Orang Tua' di Kelang”

Post a Comment